Lawatan Bersama Helms Geomarine Sdn. Bhd.

INDUSTRI@SUTRA 2026
Program Lawatan Teknikal dan Perkongsian Ilmu Bersama Helms Geomarine Sdn. Bhd.
28 Januari 2026 (Rabu) | 9.00 pagi – 5.00 petang | Bilik Mesyuarat Watan FKAB, Makmal Kejuruteraan Geoteknik JKA (FKAB), Muzium Geologi (FST) dan Makmal Mekanik Tanah (FST)
Program INDUSTRI@SUTRA: Lawatan Teknikal dan Perkongsian Ilmu Bersama Industri Helms Geomarine Sdn. Bhd. telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Bandar Pintar dan Mampan (SUTRA) dan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Civil Engineering UKM, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Lawatan ini diketuai oleh Pengurus Helms Geomarine Sdn. Bhd., Puan Rosnita Esa, bersama 18 orang jurutera dan kakitangan teknikal. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) FKAB, Prof. Madya Ir. Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar, diikuti sesi perkongsian ilmu oleh penceramah daripada Jabatan Kejuruteraan Awam / Pusat Penyelidikan Bandar Pintar dan Mampan (SUTRA), iaitu Ir. Dr. Ros Nadiah Rosli dan Ir. Dr. Norinah Abd. Rahman.
Sesi ini membincangkan topik asas Mekanik Tanah dan Kejuruteraan Geoteknikal daripada perspektif akademik dan industri. Program diteruskan dengan lawatan ke Makmal Kejuruteraan Geoteknik JKA, FKAB serta Muzium Geologi dan Makmal Mekanik Tanah di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official). Diharapkan lawatan dan kerjasama dua hala ini dapat memperkukuh jaringan profesional antara ahli akademik, jurutera industri dan juruteknik makmal, seterusnya menjadi platform pertukaran ilmu, pengalaman dan amalan terbaik ke arah pemerkasaan ekosistem universiti–industri serta pembangunan kejuruteraan yang mampan dan berimpak tinggi.









