Majlis Apresiasi Graduan Cemerlang FKAB 2025

MAJLIS APRESIASI GRADUAN CEMERLANG FKAB 2025
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) hari ini telah meraikan seramai 35 graduan serta 6 graduan penerima hadiah dan pingat universiti dan fakulti dalam Majlis Apresiasi Graduan Cemerlang FKAB 2025 yang berlangsung di Auditorium Akademia Siber Teknopolis (AST), UKM pada 25 November 2025. Majlis penuh penghargaan ini diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan para graduan FKAB sempena Majlis Konvokesyen UKM ke-53, serta meraikan pencapaian istimewa para penerima anugerah di peringkat universiti dan fakulti.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran penaja luar seperti MTDC, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), serta Pengarah Pusat Alumni UKM, Dr. Roslan Ja’afar, yang hadir bagi memberikan sokongan dan penghargaan kepada para graduan. FKAB merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua graduan yang bakal menerima ijazah masing-masing pada Sidang 9, pada 26 November 2025, serta berharap kejayaan ini menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih cemerlang.
Syabas dan Tahniah semua graduan dan penyelia.