Majlis Pemakaian Jubah Graduan Ijazah Kedoktoran FKAB

MAJLIS PEMAKAIAN JUBAH GRADUAN IJAZAH KEDOKTORAN FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA UKM 2025

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) hari ini telah meraikan seramai 56 graduan Doktor Falsafah (Ph.D.) bersama penyelia masing-masing dalam majlis Pemakaian Jubah Graduan Ijazah Kedoktoran FKAB 2025 yang berlangsung di Akademia Siber Teknopolis, UKM. Majlis bermakna ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas usaha gigih para graduan serta pengiktirafan kepada para penyelia yang berjaya melahirkan graduan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Majlis telah dimulakan dengan Pengumuman Tujuan Majlis oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Mimi Diyana Wan Zaki, Timbalan Dekan Siswazah, diikuti ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Dr. Zainuddin Sajuri, Dekan FKAB. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi pemakaian jubah graduan, serta penyampaian Anugerah Graduate on Time (GOT) dan Anugerah Tesis Cemerlang.
Turut hadir, Professor-Profesor Emeritus, Timbalan-Timbalan Dekan, barisan pengurusan fakulti, serta para penyelia dan ahli keluarga.

FKAB merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua graduan yang bakal menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen UKM ke-53.

Syabas dan Tahniah.