Malaysia–Germany: Bridging Research and Expert Exchange

16 December 2025 – Majlis Malaysia–Germany: Bridging Research and Expert Exchange anjuran Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) berlangsung hari ini bersempena dengan program Research, Innovation dan Commercialisation Highlights (RICH) 2025.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Datuk Johan Idris. Majlis turut diserikan dengan kehadiran delegasi dari University of Duisburg-Essen (UDE), Jerman.
Program ini menghimpunkan pakar dari kedua-dua negara untuk bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik, meneroka peluang baharu kerjasama dalam penyelidikan dan inovasi, serta bertindak sebagai pemangkin kepada usaha R&D bersama.
Pada majlis ini, Datuk Johan turut menyampaikan Product Licensing Mock Cheque kepada para penyelidik FKAB dan syarikat yang terlibat dalam program ‘One Academic, One Product/Innovation’.
Majlis ini turut menyaksikan pengiktirafan terhadap penerbitan dalam Jurnal Kejuruteraan berindeks SCOPUS yang disampaikan kepada Editor-in-Chief.
Hadir sama, Deputy Head of Mission German Embassy in Malaysia, Miss Ulrike Wolf, Dekan FKAB, Prof. Dr. Zainuddin Sajuri dan Prof Dr. -Ing Tobias Bruckmann Chairman of The Comission for International Affairs, Faculty of Engineering, University of Duisburg-Essen (UDE).







