MoU antara UKM dan AIST

10 Disember 2025 , berlangsungnya majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan National Institute of Advanced Industrial Science and Technology (AIST), Jepun.

Majlis ini disempurnakan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Sufian Jusoh, bersama delegasi AIST yang diketuai oleh Prof. Dr. Masu Kazuya, Director, Global Research and Development Center for Business by Quantum-AI Technology (G-QuAT), AIST. UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan kesediaan untuk menjalin kerjasama strategik ini, khususnya dengan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB).

Delegasi AIST turut dibawa melawat Galeri FKAB, Makmal Nanofotonik, IMEN dan Makmal Mikrofluidik, IMEN bagi meninjau keupayaan penyelidikan serta pembangunan teknologi di UKM.
Kerjasama ini memberi fokus kepada:
• Perkongsian kepakaran serta pemindahan ilmu dan teknologi
• Pengukuhan keupayaan penyelidikan dalam bidang kuantum dan AI

• Pembangunan modal insan melalui latihan, pendedahan teknologi terkini dan projek penyelidikan bersama

Inisiatif ini diyakini mampu memupuk budaya penyelidikan yang lebih inovatif dan seterusnya mengukuhkan kedudukan UKM sebagai Universiti Penyelidikan terkemuka di peringkat serantau dan antarabangsa.

Turut hadir adalah Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sumber: Facebook FKAB