Program Mobiliti Penyelidikan FKAB

21 January 2026 – Seramai 28 pelajar siswazah antarabangsa dari Hangzhou Dianzi University telah melengkapkan program mobiliti penyelidikan berkredit di FKAB. Program ini adalah kerjasama yang diketuai Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dan pejabat Hejim sepanjang November 2025 – Januari 2026. Sijil penyertaan pelajar telah disampaikan oleh YBhg Dekan, Prof Dr Zainuddin Sajuri dan turut dimurnikan dengan kehadiran Pengerusi JKMP, Prof Ir Dr Zambri Harun serta ahli jabatan JKMP, ahli fakulti dan sekretariat Hejim. Tahniah dan terima kasih semua yang terlibat.