Sesi Libat Urus Proses Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik FKAB

SESI LIBAT URUS PROSES KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN AKADEMIK FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB)
Sesi Libat Urus Berkaitan Proses Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik di FKAB telah diadakan pada 1 Disember 2025 (Isnin) jam 10 pagi di Dewan Auditorium, Bangunan Akademia Siber Teknopolis (AST), UKM.
Sesi ini bertujuan untuk memberikan pencerahan berhubung proses serta garis panduan kenaikan pangkat secara lebih telus, teratur dan berkesan. Kehadiran ahli akademik penting bagi sama-sama dapat memperkukuh kefahaman dan amalan terbaik dalam pengurusan kerjaya akademik di FKAB. Di samping dapat meningkatkan kecemerlangan kerjaya akademik yang lebih terancang dan cemerlang.