Sustainability Challenge 2025

6th Sustainability Challenge 2025
8 Disember 2025 | Isnin | 8:30 pagi – 4 petang | Dewan Auditorium, Akademia Siber Teknopolis (AST)
SC2025 dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Proses Mampan (CESPRO, FKAB), bersama Jabatan Kejuruteraan Kimia & Proses (JKKP, FKAB) dan Kursi Kelestarian UKM-YSD bertemakan ‘Advancing towards decarbonization for Sustainable Future’. Edisi kali ini telah disertai oleh seramai 150 peserta dari 54 kumpulan meliputi Institusi/Universiti dalam dan luar negara (UKM, UPM, UTP, UMS, UMP, UNIMAP, UiTM, Universitas Islam Indonesia, Universitas Jayabaya, Qatar Universiti dan Sekolah Arab Sultan Hj Hassanal Bolkiah, Brunei) serta Industri (SD Guthrie Plantation Sdn Bhd, SWCorp dan Indah Water Konsortium).
Kategori II – Profesional/ Ahli Akademik
Terdapat 4 Syarikat/Pusat (Green Horizon Global Sdn Bhd, CESPRO, Kursi Kelestarian UKM-YSD dan ALAF-UKM) telah menyertai reruai pameran SC2025. Pelbagai produk inovasi dan perkhidmatan telah dipamerkan.
Program ini ditaja oleh Green Horizon Global Sdn Bhd (Penaja Utama), Yayasan Hasanah, Forte Greenergy Sdn Bhd, Kursi Kelestarian UKM-YSD dan Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM).









