3 Mei 2018: Telah berlangsung Syarahan Akademik bertajuk Kemahiran Mediasi Dalam Kes-Kes Kekeluargaan yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar yang merupakan Penasihat Akademik FUU dan alumni LLM FUU tahun 2004. Majlis turut dihadiri oleh Prof. Dr Zinatul Asyiqin Zainol, Dekan Fakulti Undang-Undang, UKM. Majlis diadakan juga merupakan majlis penyampaian sijil tamat latihan mediasi kepada para peserta yang telah menyempurnakan latihan pengantaraan selama 5 hari. FUU terpilih sebagai tuan rumah kepada acara ini yang menyaksikan para peserta terdiri daripada pengamal undang-undang seperti peguam sivil, syariah dan para pegawai dari agensi kerajaan seperti mahkamah syariah dan jabatan kerajaan berkaitan.








Users Today : 2
Total Users : 126151
Views Last 7 days : 1381
Views This Year : 196059
Total views : 375874
Who's Online : 1
Server Time : 2025-12-28