08 April 2020: Dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di UKM bagi memohon jawatan-jawatan seperti berikut:
1. Pegawai Tadbir N41 (Kontrak) – 1 Kekosongan
2. Pereka B41 (Kontrak) – 1 Kekosongan
PEGAWAI TADBIR N41 (KONTRAK)
Syarat lantikan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji : RM2,000.00)
Kriteria lain yang diperlukan:
1. Mempunyai kemahiran atau pengalaman di dalam pengurusan, pemasaran, logistik, dan kewangan.
2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Fakulti.
4. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
5. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar sekiranya diperlukan.
PEREKA B41 (KONTRAK)
Syarat lantikan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji : RM2,000.00)
Kriteria lain yang diperlukan:
1. Mempunyai kemahiran atau pengalaman di dalam pembangunan web dan aplikasi.
2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Fakulti.
4. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
5. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar sekiranya diperlukan.
Cara Mohon: Sila hantar resume dan sijil-sijil yang berkaitan ke email: tdjfuu@ukm.edu.my
Tarikh Tutup: 20 April 2020 (Isnin)
Untuk perhatian: Jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dikuatkuasakan dan berlanjutan, kakitangan yang dilantik akan melakukan kerja dari rumah dan arahan kerja adalah melalui atas talian sehingga perintah PKP ini tamat.