?SYARAHAN ILMU UNDANG-UNDANG?
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan anjuran bersama Unit Jaringan & Komuniti, Pejabat Timbalan Dekan Jaringan & Alumni FUU akan menganjurkan suatu program berbentuk perkongsian ilmu undang-undang bertajuk “Mengenali Proses Memulakan Saman Dalam Kes Sivil”.
Di dalam bengkel ini, pelajar-pelajar STPM yang terlibat akan didedahkan tentang ilmu Tatacara Sivil di Malaysia secara am sebagai satu perkongsian yang bermanfaat. Perkongsian ilmu undang-undang ini diharap dapat memberi ilmu pengetahuan yang asas kepada para pelajar STPM tentang Tatacara Sivil khususnya dalam proses permulaan Saman. Perkongsian ini juga akan memanfaatkan komuniti pelajar STPM yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang pada masa akan datang.✨
? Tarikh: 17 Mei 2022 (Selasa)
⏳ Waktu: 1:40 Ptg – 3:40 Ptg
?Lokasi: SMK Mutiara Rini, Johor Bahru
?Penyelia Program: Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail, Timb. Dekan Jaringan & Alumni Fakulti Undang-Undang UKM
?Penceramah: Cynthia Jessy & Siti Nuraisyah, pelajar-pelajar tahun akhir LL.B (Hons) Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Belajarlah kamu, seterusnya ajarlah, yakni dengan mengajar itu kamu akan belajar.”
