18 November 2021
“Dah nak 2022, bosanlah mengajar gunakan slides semata-mata… Students semua mengantuk! Ada kaedah lain tak???”
Adakah anda seorang PENSYARAH atau GURU? Ingin mempelajari bagaimana untuk menggunakan teknologi pendidikan yang LEBIH EFEKTIF serta LEBIH ‘ENGAGING’ pada abad ke-21 ini?
Fakulti Undang-undang UKM ingin membuka peluang kepada mereka yang bergelar/akan bergelar seorang pendidik untuk bersama-sama menyertai Bengkel Active Learning. Di dalam bengkel ini, peserta akan disajikan dengan bagaimana untuk menggunakan ‘Augmented Reality’ sebagai satu kaedah pembelajaran yang SANGAT MEMBERI IMPAK.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail (Psst.. Beliau ini orang hebat tau!), dan bengkel akan dijalankan pada:-
? Tarikh: 2 Disember 2021
? Masa: 8.30am – 5.00pm
? Tempat: ZOOM Platform
Bengkel ini hanya berharga RM150 SAHAJA! Sangat berpatutan dan berbaloi untuk ilmu yang akan dikongsikan sepanjang hari tersebut. ?
“Tapi kalau saya bukan pensyarah atau cikgu, boleh join ke…?”
BOLEH! Sekiranya anda berminat untuk mengetahui ‘Augmented Reality’ dengan lebih mendalam, marilah sertai kami! Ilmu yang dipelajari boleh digunakan pada masa akan datang, insyaAllah. ?
Daftar di sini: https://bit.ly/activelearningworkshop
Ada sebarang soalan? Boleh hubungi urusetia di https://wa.link/w79irs (Faidhi)





Users Today : 44
Total Users : 125258
Views Last 7 days : 2252
Views This Year : 194298
Total views : 374113
Who's Online : 0
Server Time : 2025-12-19