27 Oktober 2020: Semenjak beberapa hari lalu terdapat pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat dan juga pelbagai hujah yang dikemukakan pelbagai pihak berkenaan keabsahan tindakan YAB Perdana Menteri dan juga keputusan yang dibuat oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, Pusat Kajian Undang-Undang dan Perbandingan (MyCOL) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang (PERUNDANG) UKM akan mengadakan satu sesi wacana perlembagaan yang akan membincangkan dan merungkai persoalan berkaitan isu yang menjadi perbualan hangat berkenaan dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Dengan sukacitanya, PERUNDANG ingin mengundang semua pihak untuk serta untuk menyertai dan mendengar sesi wacana ini seperti ketetapan berikut:
Tajuk Forum: Inti Pati & Sari Perkara 150 Perlembagan Persekutuan
Panel 1: Prof Datin Dr. Faridah Jalil
Moderator: Muhammad Muzaffar bin Mohd Yazid
Tarikh: 28 Oktober 2020 (Rabu)
Masa: 9.00 Malam
Medium forum: Siaran Langsung di Facebook PERUNDANG