Kampung Angkat MADANI | KAM UKM

Program Kampung Angkat MADANI

Pemerkasaan Komuniti Orang Asli Pos Brooke · Gua Musang, Kelantan

Kampung Pos Brooke, Gua Musang
Kampung Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan

Program Kampung Angkat MADANI (KAM) diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 bagi menentukan penanda aras terbaik dalam memastikan capaian liputan kemudahan asas — air, elektrik, jalan, lampu jalan, kemudahan masyarakat dan capaian internet — dapat dipertingkatkan melalui pendekatan Whole of Government.

UKM telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk menjadikan Kampung Orang Asli Pos Brooke di Gua Musang, Kelantan, sebagai Kampung Angkat MADANI UKM bagi tahun 2025.

Pos Brooke merupakan sebuah lembah tanah tinggi Lojing yang dikelilingi oleh bukit dan hutan semula jadi. Kampung Orang Asli ini juga terkenal dengan kebudayaan dan tradisi masyarakat Orang Asli yang unik. Bagi memelihara warisan ini, projek ini memberi tumpuan kepada tiga komponen utama di bawah.

43 kampung
Manfaat KAM 2024
200 kampung
Sasaran KAM 2025
RM200 juta
Peruntukan 2025
RM1 juta
Had maksimum per kampung

Tiga Komponen Utama Projek

Penaiktarafan Infrastruktur Fizikal

  • Pemasangan lampu solar untuk pencahayaan kampung
  • Pembinaan dan baik pulih dewan balai raya
  • Pembinaan dan baik pulih dewan kebudayaan (Dewan Sewang)
  • Pembinaan dan naik taraf sistem perparitan

Fasiliti Sukan

  • Menaik taraf padang sedia ada untuk kegunaan komuniti
  • Menyediakan ruang selamat untuk aktiviti sukan belia dan komuniti
  • Menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk

Pembangunan Komuniti

  • Pelaksanaan semua projek secara gotong-royong
  • Memperkasa semangat kebersamaan antara warga universiti dan penduduk setempat
  • Memastikan rasa pemilikan terhadap projek oleh komuniti

Penjajaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

SDG 7 - Tenaga Bersih SDG 11 - Komuniti Lestari SDG 17 - Perkongsian
Program Kampung Angkat MADANI (KAM) — Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) · Kementerian Kewangan Malaysia