International Industry Advisory Council (IIAC) Meeting 2026

Tarikh: 25 – 28 Mac 2026

Tempat: Le Méridien Putrajaya

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (I-KOM) bakal menganjurkan Mesyuarat International Industry Advisory Council (IIAC) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 28 Mac 2026 di Le Méridien Putrajaya.

Majlis penasihat ini merupakan platform strategik baharu yang ditubuhkan di bawah Pelan Strategik UKM 2025–2030, selari dengan agenda Industry in University dan Internationalisation@UKM. Penubuhannya yang diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 11/2025 bertujuan untuk menghimpunkan pemimpin industri tersohor di peringkat nasional dan antarabangsa dalam satu platform perundingan berimpak tinggi.

Menariknya, sebelum mesyuarat utama IIAC bermula, UKM akan terlebih dahulu menganjurkan satu sesi perkongsian eksekutif (Executive Sharing Session) bersama salah seorang ahli majlis, iaitu:

📅 Tarikh: 25 Mac 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Level 3, Room Nano-COE, Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), UKM

Pembentang:
Encik Amarjit Singh Sandhu
Corporate Vice President, Assembly & Test NAND Operations
Malaysia Country Manager, Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd.

Tajuk:
“Memory and Storage: At the Heart of AI”

Sesi ini akan membincangkan peranan kritikal memori dan storan dalam ekosistem kecerdasan buatan (AI), sekaligus memberi pendedahan awal kepada para akademik, penyelidik dan pelajar UKM mengenai hala tuju industri semikonduktor dan AI di peringkat global.

Barisan ahli IIAC lain yang turut dijadualkan hadir dalam mesyuarat sulung ini terdiri daripada tokoh-tokoh industri pelbagai sektor strategik, termasuk:

 

Bil. Nama Jawatan/Organisasi
1. Juergen Keitel Director of EuroCentral Public Services, Dassault Systemes
2. Prof. Alexander Schmidt Head of Artificial Intelligence, IMEA Region, QuantumX-Solutions GmbH
3. Dr. Roberto Echandi Lead Private Sector Specialist, Macroeconomics, Trade and Investment Global Practice, The World Bank Group
4. Rina Neoh Co-Founder & Managing Partner, Ficus Venture Capital
5. Amarjit Singh Sandhu Corporate Vice President, Assembly & Test NAND Operations, Malaysia Country Manager, Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd.
6. Eleanor Mak President, Australia-ASEAN Business Council; Co-Founder & Managing Director, Venturenauts
7. Peter McKenna Managing Director, Venturenauts; Co-Founder & Chief Strategist, Guru Advantage
8. Hiroshi Imai Managing Director, Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.
9. Cheah Hun Wah Founder & Co-CEO, Oppstar Bhd.
10. Prof. Tetsuya Watanabe President, Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA)
11. Prof. Manfred Elsig Managing Director, World Trade Institute, University of Bern, Switzerland
12. Dr. Mia Mikic Research Fellow, The University of Waikato, New Zealand
13. Anastasios Tash Stamatelos Senior Vice President Asia Pacific Sales, BlackBerry
14. Dato’ Muhammad Noor Yacob Former Malaysian Ambassador & Permanent Representative of the World Trade Organisation
15. Ts. Johan Mohammad Managing Director and Founder, JM Onefam Sdn Bhd
16. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari Chairman of Al-Hidayah Group

 

Sepanjang empat hari mesyuarat, para ahli majlis dijadualkan membincangkan hala tuju strategik bagi memperkasa pembangunan akademik, penyelidikan dan inovasi UKM. Antara fokus utama perbincangan termasuk:

  • Pembangunan Kurikulum: Menyesuaikan program akademik agar lebih relevan dengan keperluan industri semasa dan masa hadapan.

  • Penyelidikan Terapan: Mencetus peluang kerjasama strategik dalam bidang teknologi tinggi, ekonomi hijau dan digital.

  • Kebolehpasaran Graduan: Memperkasa agenda kebolehpasaran melalui penglibatan aktif industri.

  • Pemindahan Teknologi & Komersialisasi: Mengenal pasti potensi pembiayaan bersama dan pengkomersialan hasil penyelidikan universiti.

Majlis Perasmian IIAC 2026 dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2026 dengan kehadiran barisan kepimpinan universiti dan tetamu kehormat. Perkembangan lanjut mengenai mesyuarat ini akan dikongsikan dari semasa ke semasa.