Misi Bantuan Pasca-Banjir kepada keluarga Encik Hanafi Haron

Tarikh: 14 Mac 2023

Tempat: Kampung Sg. Berani, Lenga, Muar

Penganjur Utama: Pusat Jaringan Industri & Komuniti (I-Kom) UKM

Penganjur Bersama: Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU)

.

Misi Bantuan Pasca-Banjir kepada keluarga Encik Hanafi Haron, Pegawai Undang-Undang (L41) dijalankan di Kampung Sg. Berani, Lenga, Muar. Inisiatif ini adalah anjuran Pejabat Penasihat Undang-Undang UKM dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri & Komuniti (I-KOM) di bawah porftolio Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM). Antara bantuan yang dihulurkan adalah sumbangan wang tunai dan pemberian bakul rahmah kepada keluarga Encik Hanafi serta pembersihan rumah yang telah memakan masa selama 4 jam.

.