Keanggotaan

Keanggotaan IAAM adalah terdiri daripada Ahli Biasa, Ahli Seumur Hidup, dan Ahli Kehormat. Keanggotaan IAAM juga bersifat individu atau pun organisasi.

  1. Ahli Biasa
    • Ahli Akademik: Ahli individu yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang arkeologi ataupun dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti geologi, paleontologi, statistik, geomorfologi dan seni halus dan mereka itu berkhidmat  di universiti-universiti serta meminati bidang arkeologi.
    • Ahli Ikhtisas: Ahli individu dalam profesion arkeologi dan bidang-bidang yang berkait di muzium-muzium di Malaysia.
    • Ahli Gabungan: Ahli individu yang terdiri daripada purbawan (pengumpul dan peminat barang-barang purba), pencinta seni halus dan peminat arkeologi.
    • Ahli Pelajar: Ahli individu yang terdiri daripada pelajar-pelajar arkeologi di universiti-universiti. Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli kecuali ia telah di benarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti berkenaan.
    • Ahli Organisasi: Persatuan-persatuan yang berkait dengan bidang arkeologi dan berdaftar.
  1. Ahli Seumur Hidup – Ahli-ahli biasa yang membayar bayaran seperti yang ditetapkan.
  2. Ahli Kehormat – Mereka yang telah menunjukkan jasa yang istimewa bagi perkembangan ilmu dan pengetahuan arkeologi Malaysia yang dipersetujui oleh ahli melalui Mesyuarat Agong Tahunan.

 

Yuran

Kadar yuran adalah seperti berikut:

  1. Ahli Biasa
    1. Ahli Akademik          – RM 20.00
    2. Ahli Ikhtisas              – RM 10.00
    3. Ahli Gabungan          – RM 20.00
    4. Ahli Pelajar                – RM   5.00
    5. Ahli Organisasi         – RM 40.00
  2. Ahli Seumur Hidup            – RM250.00

Yuran tahunan haruslah dijelaskan pada 1 Januari pada setiap tahun kepada Bendahari Kehormat dan tidak boleh dikembalikan semula.