Keanggotaan
Keanggotaan IAAM adalah terdiri daripada Ahli Biasa, Ahli Seumur Hidup, dan Ahli Kehormat. Keanggotaan IAAM juga bersifat individu atau pun organisasi.
- Ahli Biasa
- Ahli Akademik: Ahli individu yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang arkeologi ataupun dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti geologi, paleontologi, statistik, geomorfologi dan seni halus dan mereka itu berkhidmat di universiti-universiti serta meminati bidang arkeologi.
- Ahli Ikhtisas: Ahli individu dalam profesion arkeologi dan bidang-bidang yang berkait di muzium-muzium di Malaysia.
- Ahli Gabungan: Ahli individu yang terdiri daripada purbawan (pengumpul dan peminat barang-barang purba), pencinta seni halus dan peminat arkeologi.
- Ahli Pelajar: Ahli individu yang terdiri daripada pelajar-pelajar arkeologi di universiti-universiti. Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli kecuali ia telah di benarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti berkenaan.
- Ahli Organisasi: Persatuan-persatuan yang berkait dengan bidang arkeologi dan berdaftar.
- Ahli Seumur Hidup – Ahli-ahli biasa yang membayar bayaran seperti yang ditetapkan.
- Ahli Kehormat – Mereka yang telah menunjukkan jasa yang istimewa bagi perkembangan ilmu dan pengetahuan arkeologi Malaysia yang dipersetujui oleh ahli melalui Mesyuarat Agong Tahunan.
Yuran
Kadar yuran adalah seperti berikut:
- Ahli Biasa
- Ahli Akademik – RM 20.00
- Ahli Ikhtisas – RM 10.00
- Ahli Gabungan – RM 20.00
- Ahli Pelajar – RM 5.00
- Ahli Organisasi – RM 40.00
- Ahli Seumur Hidup – RM250.00
Yuran tahunan haruslah dijelaskan pada 1 Januari pada setiap tahun kepada Bendahari Kehormat dan tidak boleh dikembalikan semula.