Tafsiran Arkeologi
Arkeologi adalah satu disiplin yang menitikberatkan pendekatan antara disiplin. Ia dapat memberi sumbangan melalui berbagai-bagai kaedah dan pendekatan dalam masalah sejarah, kebudayaan zaman prasejarah, proto sejarah dan sejarah serta juga dalam antropologi budaya. Maka arkeologi itu dianggap sebagai bidang kemanusiaan dan sains, juga sebagai sejarah dan antropologi. Di antara bidang-bidang arkeologi yang utama ialah arkeologi maritim, arkeologi industri dan sejarah seni dan di antara disiplin-disiplin lain yang dapat membantu dalam penyelidikan arkeologi ialah geologi, paleontologi, statistik, geomorfologi dan seni halus.