Tahniah atas kejayaan pengkomersialan inovasi UKM.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Azmin Sham Rambely dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan pengkomersialan melalui perlesenan produk Sifira bersama Promoten Resources Sdn. Bhd. dengan nilai sebanyak RM50,000.00.
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan warga akademik UKM dalam menterjemahkan hasil penyelidikan kepada penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat.
Semoga kolaborasi strategik ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pengkomersialan pada masa hadapan serta mengukuhkan peranan UKM sebagai universiti penyelidikan yang berdaya saing dan relevan kepada industri.
INOVASI@UKM akan terus komited menyokong usaha pemindahan teknologi dan pengkomersialan inovasi demi memacu agenda inovasi universiti.
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKMâ„¢)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi