Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM ke INOVASI@UKM
INOVASI@UKM telah menerima Lawatan Kerja daripada YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) pada 5 Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat INOVASI@UKM.
Â
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara menyeluruh kefungsian INOVASI@UKM meliputi aspek struktur organisasi, objektif, pelaksanaan fungsi, pengurusan sumber manusia, aset, kewangan serta perbincangan berkaitan isu dan cabaran semasa.
Â
Sesi ini turut memberi ruang kepada interaksi dua hala bersama warga INOVASI@UKM, sekali gus memperkukuh kefahaman, penyelarasan hala tuju serta komitmen bersama dalam memperkasakan ekosistem inovasi dan pemindahan teknologi universiti.
Â
INOVASI@UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail meluangkan masa untuk sesi lawatan kerja ini.
Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dan pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Â
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKMâ„¢)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi




