BANGI, 6 Julai 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™) telah berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Produk Inovasi & Penyerahan Dokumen Perjanjian Pengkomersialan UKM, sekali gus memperkukuh komitmen universiti dalam memperkasa agenda inovasi, pemindahan teknologi dan pengkomersialan hasil penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat serta industri.
Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor UKM ini menyaksikan pelancaran dua produk inovasi hasil penyelidikan UKM, iaitu KEJORA Refreshing Anti-Aging Eye Cream, formulasi kosmeseutikal pelindung kulit mata daripada cahaya biru dan sinaran UVB, serta Magic Box Tiny Fingers, alat permainan interaktif yang direka untuk merangsang perkembangan kognitif dan motor halus kanak-kanak di samping membantu mengurangkan kebergantungan terhadap peranti digital.
Majlis turut mencatat satu lagi pencapaian penting apabila enam perjanjian pelesenan teknologi berjaya dimeterai bersama rakan industri strategik dengan jumlah nilai yuran pelesenan keseluruhan RM130,000.00. Perjanjian tersebut melibatkan enam inovasi rentas disiplin, iaitu KEJORA, Magic Box Tiny Fingers, SIFIRA, Konsep Rekaan Corak RATUKU, Praktis Korea dan Aplikasi Islamic Creative Media (ICM). Kejayaan ini mencerminkan keupayaan penyelidik UKM dalam menterjemahkan hasil penyelidikan kepada produk dan penyelesaian yang mempunyai nilai komersial serta potensi pasaran.
Penganjuran majlis ini menjadi bukti komitmen berterusan UKM dalam memperkukuh ekosistem inovasi negara melalui kerjasama erat antara akademia dan industri. Selaras dengan aspirasi universiti, setiap hasil penyelidikan yang berpotensi akan terus diperkasakan agar dapat diterjemahkan kepada teknologi, produk dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada masyarakat, menyokong pembangunan ekonomi berasaskan ilmu serta meningkatkan daya saing negara.
INOVASI@UKM™ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyelidik, rakan industri, warga UKM serta semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Semoga lebih banyak hasil penyelidikan UKM berjaya dipindahkan ke pasaran dan memberi impak yang berterusan kepada komuniti, industri dan negara.
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi
Prof. Madya Dr. Rizafizah Othaman
Pusat Bahan Termaju Dan Sumber Keterbaharuan (PBTSK)
Emel: rizafizah@ukm.edu.my
Tel: 0137408708
Dr. Fairous Salleh
Pejabat Dekan
Emel: fairoussalleh@ukm.edu.my
Tel: 019 276-1691
Dr. Lam Meng Chun
Pusat Kajian Teknologi Kecerdasan Buatan
Emel: lammc@ukm.edu.my
Tel: 012 533-0421
Puan Nurdiyana Mohd Yassin
Pejabat Dekan
Emel: n.diyana@ukm.edu.my
Tel: 013 714-3243
Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri
Jabatan Ortopedik & Traumatologi
Emel: ezeds007@yahoo.com.my
Tel: 013 307-7637
ENCIK CLARENCE KO CHING HUAT
PEJABAT DEKAN
Emel: clarence@ukm.edu.my
Tel: 012 214-9465
Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif Md Saad
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Emel: hanifsaad@ukm.edu.my
Tel: 019 666-9395
Puan Roslena Md. Zaini
Pej. Dekan
Emel: roslena@ukm.edu.my
Tel: 019 285-8796
Prof. Madya Dr. Ahmad Yunus bin Mohd Nor
Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah
Emel: a_yunus@ukm.edu.my
Tel: 018 395-8073
Hazira binti Mohd Nor
Urusetia Penyelidikan dan Inovasi
Emel: hazira.mohdnor@ukm.edu.my
Tel: 013 624-0654
Dr. Hafizah bt Omar Zaki
Pusat Kajian Perniagaan Global dan Ekonomi Digital
Emel: hafizah.omar@ukm.edu.my
Tel: 013 868-9596
Cik Siti Noor Kamaliah binti Mat Jusoh
Sekretariat Jaringan Industri dan Masyarakat
Emel: snkamaliah@ukm.edu.my
Tel: 013 392-7436
Prof. Madya Dr. Siti Fardaniah Binti Abdul Azizi
Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia
Emel: daniah@ukm.edu.my
Tel: 013 371-3765
Puan Aznur Aisyah Binti Abdullah
Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik
Emel: aznuraisyah@ukm.edu.my
Tel: 016 216-4500
Prof. Madya Dr. Zahara Abdul Manaf
Pusat Kajian Penuaan Sihat & Kesejahteraan
Emel: zaharamanaf@ukm.edu.my
Tel: 019 276-4541
Dr. Samruhaizad Samian@Samion
Pusat Kajian Rehabilitasi & Keperluan Khas
Emel: samruhaizad@ukm.edu.my
Tel: 016 952-7937
Dr. Fhataheya Buang
Pengawai Penyelidik
Pejabat Dekan F.FArmasi
Emel: fhataheya_buang@ukm.edu.my
Tel: 03-9289 7963
Berkuatkuasa sehingga: 31 Mei 21
DR. MOHD ZAMRE MOHD ZAHIR
PUSAT UNDANG-UNDANG MALAYSIA & PERBANDINGAN (MYCOL)
Emel: zamre@ukm.edu.my
Tel: 601 3222-5694
CIK ROHAIDAA SHAARI
FAKULTI UNDANG-UNDANG
Emel: rohaidaa@ukm.edu.my
Tel: 601 9381-4797
PROF. DR. ROHAYA MEGAT ABDUL WAHAB
Jabatan Kesihatan Pergigian Keluarga
Emel: rohaya_megat@ukm.edu.my
Tel: 019 338-2703
Siti Hajar Binti Mohammad
Pejabat Dekan
Emel: sitihajar87@ukm.edu.my
Tel: 014 847-2496
Prof. Madya Dr. Harwati Hashim
Pejabat Timbalan Dekan (Pra-Siswazah)
Emel: harwati@ukm.edu.my
Tel: 03 8921-6245
Azrizal Mohamed Zin
Pegawai Penyelidik Sosial Kanan
Pejabat Dekan FPEN
Emel: azrizal@ukm.edu.my
Tel: 03-8921 6250
Dr. Ida Rosnita Ismail
UKM_Graduate School of Business (UKM-GSB)
Emel: idarosnita@ukm.edu.my
Tel: 601 4298-3768
Asma Qamaliah Abdul Hamid
UKM_Graduate School of Business (UKM-GSB)
Emel: asma.qamaliah@ukm.edu.my
Tel: 601 7253-8354