Tahniah Pn. Nurul Syafinaz Md Katan atas Pengiktirafan Antarabangsa RTTP
Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Nurul Syafinaz Md Katan, Pegawai Tadbir N9, Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™) atas kejayaan memperoleh pengiktirafan sebagai Registered Technology Transfer Professional (RTTP) daripada The Alliance of Technology Transfer Professionals (ATTP).
Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa yang mencerminkan kepakaran, kredibiliti serta komitmen tinggi dalam bidang pemindahan teknologi dan pengkomersialan inovasi. Ia juga membuktikan keupayaan warga INOVASI@UKM™ dalam mengurus dan memacu pemindahan ilmu ke arah impak industri yang lebih luas.
Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada warga universiti dan memperkukuh peranan UKM dalam membangunkan ekosistem inovasi yang berdaya saing di peringkat global.
INOVASI@UKM™ akan terus komited menyokong pembangunan bakat profesional serta memperkasa agenda pemindahan teknologi negara.
Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi