Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kafeteria di bawah seliaan Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), pihak JANA@UKM berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk meluangkan masa melengkapkan soal selidik ini:
https://forms.gle/fN5xjNYrX2G6jZLW8
Segala maklum balas positif dan membina yang diterima akan digunakan dalam membantu JANA@UKM untuk meningkatkan prestasi dan menambah baik mutu perkhidmatan yang diberikan. Sebarang cadangan/komen tambahan amat digalakkan dengan mengisi ruangan komen yang disediakan di akhir setiap bahagian borang.
Sehubungan itu juga, pihak JANA@UKM ingin memohon jasa baik pihak YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan agar dapat memanjangkan perkara ini kepada warga UKM di PTj masing-masing.
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nasywa di talian 03- 8921 3955 untuk maklumat lanjut.