Tempahan Gambar UKM (Atas Pentas)

TEMPAHAN GAMBAR UKM (ATAS PENTAS)

Graduan boleh membuat tempahan gambar atas pentas Majlis Konvokesyen ke-53 UKM melalui Sistem Konvokesyen UKM mulai 5 November 2025 hingga 5 Disember 2025.

1. Pakej Pembelian Atas Pentas

Contoh Gambar Bersaiz 5R

Contoh Gambar Bersaiz 8R

Contoh Gambar Bersaiz 11R

Contoh Bingkai Bersaiz 11R

Pakej gambar atas pentas bagi Majlis Konvokesyen ke-53 UKM adalah seperti berikut:

1.1 Pakej A: Gambar Sahaja

BUTIRAN PAKEJ KAEDAH PENGHANTARAN HARGA (RM)
A: Gambar Sahaja

a. 1 gambar bersaiz 5R.
b. 1 gambar bersaiz 8R.
C. 1 gambar bersaiz 11R.
Serahan Tangan
90.00
Pos (RM15)
105.00

1.2 Pakej B: Gambar dan Bingkai (Saiz 11R)

BUTIRAN PAKEJ KAEDAH PENGHANTARAN HARGA (RM)
B: Gambar dan Bingkai Bersaiz 11R.

a. 1 gambar bersaiz 5R.
b. 1 gambar bersaiz 8R.
c. 1 gambar bersaiz 11R.
d. 1 gambar bersaiz 11R sahaja.
Serahan Tangan
250.00
Pos (RM30)
280.00

2. Panduan Sebelum Membuat Tempahan

Pembayaran bagi tempahan gambar atas pentas Majlis Konvokesyen UKM Ke-53 hanya boleh dibuat melalui Sistem Konvokesyen UKM.

Sila pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap, termasuk nombor telefon bimbit, e-mel (sila masukkan e-mel peribadi yang masih aktif), alamat surat menyurat dan alamat penghantaran gambar (jika memilih penghantaran melalui pos) sebelum menekan butang TEMPAH & BAYAR. Sekiranya anda masih tidak dapat menekan butang TEMPAH & BAYAR, sila kosongkan cache dan kuki pelayar anda di Google Chrome atau Mozilla Firefox.

3. Penukaran Tempahan

Graduan TIDAK DIBENARKAN untuk membuat penukaran pakej gambar selepas pembayaran dibuat. Walau bagaimanapun, sekiranya graduan masih ingin menukar kaedah pengambilan gambar setelah bayaran dibuat kos penghantaran TIDAK AKAN DIPULANGKAN.

PENGAMBILAN GAMBAR

4. Keadah dan Lokasi Pengambilan Gambar

Graduan boleh mengambil tempahan gambar secara serahan tangan bermula 23 November 2025 hingga 7 Disember 2025 di lokasi seperti berikut:

TARIKH & MASA AKTIVITI LOKASI EDARAN GAMBAR PENTAS
23/11/2025 – 4/12/2025
Isnin – Ahad

9:00 Pagi – 5:30 Petang*
Graduan Akademik
(Sidang Cancelor, Sidang 1 – 12)
Kafeteria, Bangunan Tun Fatimah Hashim UKM.
1/12/2025 – 7/12/2025
Isnin – Ahad

9:00 Pagi – 6:30 Petang*
Graduan DPLI
(Sidang 13 – 20)
Pujangga 1, Bangunan UKMShape.
5/12/2025 – 7/12/2025
Jumaat – Ahad

9:00 Pagi – 6:30 Petang*
Graduan Akademik
(Sidang Cancelor, Sidang 1 – 12)
*KECUALI pada hari Jumaat, kaunter akan ditutup pada jam 12:15 tengahari hingga 2:45 petang.

*Graduan dimaklumkan bahawa pengambilan tempahan gambar pentas boleh dibuat pada keesokan harinya selepas sidang konvokesyen masing-masing, mengikut ketetapan berikut:

1. Sidang Pagi – Boleh diambil sepanjang waktu operasi.
2. Sidang Petang – Boleh diambil bermula jam 12:30 tengah hari.

Selepas daripada tarikh tersebut, tempahan boleh diambil di premis syarikat jurugambar rasmi atas pentas yang dilantik. Sila berhubung dengan khidmat pelanggan ADH Biduanda Resources di talian 013-7145679 atau e-mel waniezstudio@gmail.com bagi mendapatkan maklum balas berkenaan.

Graduan diminta untuk membawa slip pembayaran atas talian sebagai bukti pembayaran berserta kad pengesahan nombor giliran semasa mengambil tempahan gambar secara serahan tangan.

Sampel Kad Pengesahan Nombor Giliran

*Kad nombor giliran akan diedarkan semasa konvokesyen. Graduan perlu membawa slip bayaran dan kad tersebut semasa mengambil gambar.

5. Penghantaran Melalui Pos

Bagi setiap tempahan gambar yang memilih kaedah penghantaran melalui pos, pesanan akan dihantar bersama pembungkusan KOTAK dan perlindungan INSURANS selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025.

Graduan akan menerima salinan lembut gambar melalui e-mel selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025.

TATACARA PENERIMAAN SKROL (SESI BERGAMBAR)

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pihak JANA@UKM di:

Soalan Lazim

Adakah saya masih boleh menempah gambar melalui sistem ini selepas konvokesyen tamat pada 4 Disember 2025?

Ya boleh. Sistem tempahan masih dibuka dan akan ditutup hingga 5 Disember 2025.

Apakah yang perlu saya sediakan ketika mengambil gambar?

Graduan diminta untuk membawa slip pembayaran atas talian sebagai bukti pembayaran berserta kad pengesahan nombor giliran.

Adakah saya dibenarkan menghantar wakil untuk mengambil gambar?

Ya, wakil adalah dibenarkan. Sila pastikan wakil membawa slip pembayaran atas talian berserta kad pengesahan nombor giliran.

Adakah penghantaran gambar melalui pos dibenarkan?

Ya, penghantaran melalui pos dibenarkan untuk penghantaran dalam negara sahaja (domestik). Graduan hendaklah memilih kaedah penghantaran melalui pos semasa membuat tempahan, dan kos penghantaran ditanggung oleh graduan.

Adakah gambar boleh diambil selepas tarikh tutup pengambilan gambar pada 7 Disember 2025?

Graduan boleh berhubung dengan pihak syarikat selepas daripada tarikh tersebut bagi urusan pengambilan gambar. Sila hubungi khidmat pelanggan ADH Biduanda Resources di talian 013-7145679 atau e-mel kepada waniezstudio@gmail.com bagi mendapatkan maklum balas berkenaan.

Adakah bayaran bagi pakej gambar atas pentas boleh dibuat secara tunai?

Tidak. Semua tempahan dan bayaran hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Konvokesyen UKM. Tempahan melalui sistem tersebut hanya boleh dibuat sekali sahaja. Sekiranya terdapat penambahan pembelian, sila berurusan dengan kakitangan JANA@UKM di kaunter serahan gambar pentas.

Bilakah graduan akan menerima tempahan gambar melalui perkhidmatan pos?

Pakej tempahan gambar akan dihantar selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025.

NOTA PENTING: 

Tempahan bagi pakej gambar ini hanya untuk gambar graduan di atas pentas sahaja.