IKLAN/HEBAHAN – BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA & BARISTA DI ARAS B, INSTITUT KEJURUTERAAN MIKRO DAN NANOELEKTRONIK (IMEN), UKM BANGI

Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:

NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM.IMN.200-3/2/1

TAJUK BIDAAN:BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA & BARISTA DI ARAS B, INSTITUT KEJURUTERAAN MIKRO DAN NANOELEKTRONIK (IMEN), UKM BANGI

SYARAT PENDAFTARAN : 040103 – Makanan Bermasak (Islam)

TARIKH BUKA  BIDAAN: 16 Jun 2026 (Selasa)

TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 23 Jun 2026 (Selasa) pada 10.00 pagi.
Berkumpul di  Lobi, Kompleks Penyelidikan, UKM Bangi.Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.

TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 29 Jun 2026 (Isnin) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

TARIKH DAN MASA TUTUP  BIDAAN: 30 Jun 2026 (Selasa) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

Untuk makluman lebih lanjut berkenaan ini, sila klik pautan berikut:
https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:1987bc5b-b421-4f63-88d9-6e21fd8fb2c6

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Encik Ahmad ‘Abqari Mohd Fadzil / Pn. Siti Azura Abd Rahim di alamat e-mel: abqari99@ukm.edu.my / kpimen@ukm.edu.my

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *