Salam Israk Mikraj 8 Feb 2024 | 27 Rejab 1445 H

Share this post on:

Selamat Menyambut Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Israk Mikraj adalah peristiwa agung yang menjadi bukti keagungan kekuasaan Allah SWT atas alam ini.

Perjalanan jauh dalam tempoh yang pantas, malah Allah SWT membawa naik Rasulullah SAW ke 7 langit sehingga bertemu dengan Allah di Sidratul Muntaha yang menatijahkan perintah solat kepada Umat Baginda Rasulullah SAW.

Semoga dengan penghayatan daripada peristiwa Israk Mikraj ini menjadikan kita lebih tawaduk dan terus istiqamah.

Ikhlas dari Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *