Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H | 2026

Share this post on:
ALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Seluruh warga JANA@UKM mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H | 2026 pada 25 Ogos 2026 kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan dan keperibadian mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadikan akhlak dan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam membina masyarakat yang berilmu, berintegriti dan sejahtera.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang baik.”
(Surah al-Ahzab: 21)

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam sanubari dan diterjemahkan melalui amalan serta akhlak yang mulia.

Tulus ikhlas daripada,
Warga JANA@UKM