Issue logo

Jurnal Ekonomi Malaysia

57 (1) 2023 63 – 84


Ketidaksamaan di Malaysia: Adakah Dasar Ekonomi Berasaskan-Etnik Relevan?
Inequality in Malaysia: Does Ethnic-Based Economic Policy Relevant?

Fakulti Perniagaan dan Ekonomi
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

roza@um.edu.my

Fakulti Perniagaan dan Ekonomi
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

nurulhuda@um.edu.my

Fakulti Perniagaan dan Ekonomi
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

annizah@um.edu.my

Abstract

Kajian ini cuba menjawab persoalan adakah polisi berasaskan etnik yang diperkenalkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berkesan dalam mencapai objektif dan adakah ianya masih relevan. Kajian ini mengadaptasi metodologi Hirschman (1983) menggunakan data banci tahun 2010. Dapatan kajian mencadangkan bahawa DEB telah berjaya menghapuskan kesan etnik sebagai faktor yang membezakan peluang menyertai sektor pekerjaan kolar putih. DEB juga telah mengurangkan peranan etnik dalam menentukan peluang penyertaan sektor perkilangan dan perniagaan. Namun begitu, etnik masih merupakan faktor yang membezakan peluang untuk menjadi majikan dan bekerja di sektor swasta. Selain itu, perkembangan ekonomi mewujudkan peluang yang lebih besar kepada etnik Cina untuk menyertai sektor perniagaan dan menjadi majikan tetapi peluang untuk etnik Melayu berkurangan. Keputusan ini mencadangkan etnik Cina masih mempunyai kelebihan dalam mendapatkan faedah daripada perkembangan ekonomi. Walaupun keseluruhannya, dasar ekonomi berasaskan etnik telah mengurangkan peranan etnik dalam peluang menyertai sektor ekonomi terpilih tetapi perbezaan dalam peluang untuk menyertai sektor perniagaan kekal wujud. Ini mencadangkan polisi ekonomi berasaskan etnik masih relevan dalam masyarakat Malaysia kontemporari. Intervensi polisi masih diperlukan untuk meningkatkan peluang etnik Melayu menceburi bidang perniagaan dan memastikan perkembangan ekonomi mampu menjana peluang ini.

Keywords

Dasar ekonomi baru; ketidaksamaan; Malaysia

JEL Codes

O10, O20

Bibliography

Export Bibliography

Zakaria, R. H., Mohd Satar, N. H., & Ishak, N. A. (2023). Ketidaksamaan di Malaysia: Adakah Dasar Ekonomi Berasaskan-Etnik Relevan?. Jurnal Ekonomi Malaysia, 57(1), 63–84. http://dx.doi.org/10.17576/JEM-2023-5701-06

@article{zakaria2023ketidaksamaan,
  title={Ketidaksamaan di Malaysia: Adakah Dasar Ekonomi Berasaskan-Etnik Relevan?},
  author={Zakaria, Roza Hazli and Mohd Satar, Nurul Huda and Ishak, Nur Annizah},
  journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
  volume={57},
  number={1},
  pages={63—84},
 

year={2023},
}


Receive updates when new articles are published.