Sekretariat Etika Penyelidikan UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Latar Belakang

Sekretariat Etika Penyelidikan UKM merupakan sekretariat yang menguruskan jawatankuasa etika penyelidikan UKM yang beroperasi di Pusat Perubatan UKM.

Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (Manusia) telah diumumkan penubuhannya oleh Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM pada Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian Bil. 2/2007 bertarikh 27 Februari 2007.

Jawatankuasa ini pada mulanya diletakkan di bawah pengurusan sekretariat penyelidikan dan Inovasi, Pusat Perubatan UKM dan ditukarkan di bawah pengurusan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) dalam mesyuarat Jawatankuasa Perancangan  Penyelidikan & Inovasi  (JPPI) bil. 4/2015 bertarikh 12 Ogos 2015. Jawatankuasa ini kemudiannya diletakkan di bawah Pengurusan Kampus Kuala Lumpur dan bertanggungjawab terus kepada Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Naib Canselor UKM dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil 8/2021 bertarikh 01 Jun 2021.

Peranan

  • Peranan utama jawatankuasa ini adalah untuk memantau penyelidikan dari sudut etika penyelidikan yang melibatkan penggunaan manusia sebagai subjek dan data serta rekod yang berkaitan dengan manusia berpandukan garispanduan ’Deklarasi Helsinki, ICH dan Malaysian GCP Guidelines’.
  • Jawatankuasa ini juga berperanan menyelesaikan isu-isu etika yang timbul serta merangka dan menyediakan garis panduan etika penyelidikan yang relevan.

Skop Tugasan:

  • Menerima dan menyaring permohonan penyelidikan
  • Meneliti dan melakukan penilaian etika protokol penyelidikan
  • Menasihat dan membimbing penyelidik dalam menjalankan amalan penyelidikan yang beretika
  • Menyediakan laporan dan analisis permohonan etika

JEPUKM mempunyai kuasa untuk:

  • Meluluskan, tidak meluluskan atau mengubahsuai sebarang penyelidikan sewajarnya yang bertujuan melindungi subjek yang terlibat.
  • Memastikan penyelidikan dijalankan selaras dengan skop yang telah diluluskan.
  • Memantau laporan semasa bagi penyelidikan yang telah diluluskan.
  • Menggantung atau menamatkan kelulusan yang telah diberikan kepada penyelidik
Translate »