Department of Engineering Education

 Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

Soalan Lazim

Adakah E-sijil dan medal untuk semua peserta bagi penyertaan berkumpulan?

Bagi penyertaan berkumpulan, satu medal untuk setiap kumpulan. Namun begitu, permohonan tambahan e-certificate dan medal boleh dibuat dan bayaran tambahan akan dikenakan bagi permohonan tambahan tersebut.

Berapakah bayaran tambahan untuk setiap medal?

Sebanyak RM80 akan dikenakan untuk satu medal.

Bilakah tarikh akhir pendaftaran dan bayaran pertandingan?

Tarikh akhir bayaran dan pendaftaran adalah 30 September 2023

Apakah element yang wajib ada dalam video yang perlu dibuat?

Antara elemen yang wajib ada adalah pengenalan, keaslian dan daya cipta, kreativiti, praktikal dan kebolehgunaan, kelestarian, kobolehpasaran, impak pada masyarakat, kolaborasi industri/komuniti.

Adakah boleh sekiranya peserta adalah dikalangan peserta peringkat yang berbeza? (Contoh: Salah seorang peserta adalah dari UPSI (IPTA) manakala seorang lagi peserta adalah cikgu sekolah (Bukan IPTA)).

Boleh dengan membuat 1 pilihan kategori mengikut kesesuaian keutamaan kumpulan.

Adakah semua ahli kumpulan perlu hadir untuk sesi bersama panel penilai secara atas talian?

Tidak perlu. Namun setiap penyertaan perlu ada wakil untuk sesi bersama penilai secara atas talian.

Bagaimanakah penilaian video untuk penyertaan PRIN 2023?

Peserta perlu menghantar hantar video sebelum hari pertandingan dan akan dinilai lebih awal berdasarkan sebahagian daripada rubrik. Pada hari pertandingan, mereka akan dinilai berdasarkan sebahagian lagi rubrik bagi melengkapkan markah.

Adakah penyertaan PRIN 2023 boleh menerima produk makanan?

Boleh, sama ada produk inovasi fizikal/ digital dan penyelidikan - tanpa product digital @ fizikal.