Department of Engineering Education

 Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI NASIONAL 2023

(PRIN 2023)

Pertandingan Reka Cipta Inovasi Nasional (PRIN2023) merupakan program inovasi dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar dan ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing. Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan, di mana para peserta akan mempamerkan produk dan hasil kajian mereka, dan dinilai oleh pakar dari industri.

Tarikh

18-19 Oktober 2023

Masa
8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat
Dalam Talian

Tarikh Penting

Tarikh Pendaftaran


7 JUN 2023

Tarikh Tutup Penyertaan dan Pembayaran Yuran

30 SEPTEMBER 2023

Tarikh Penghantaran Video Pembentangan

1 OKTOBER 2023

Tarikh Tutup Penghantaran Video Pembentangan

11 OKTOBER 2023

Tarikh Penilaian Secara Bersemuka Atas Talian

18-19 OKTOBER 2023

Tarikh Pengumuman Keputusan Pertandingan

19 OKTOBER 2023 (PETANG)

Yuran Penyertaan

Pertandingan Inovasi Produk
(Sekolah Rendah)

RM 50

Pertandingan Inovasi Produk
(Sekolah Menengah)

RM 100

Pertandingan Inovasi Produk
(Institusi Pengajian Tinggi & Kolej Vokasional)

RM 250

Pertandingan Inovasi
Produk Dan Penyelidikan PdP (Guru)

RM 300

Pertandingan Inovasi
Produk Dan Penyelidikan PdP (Pensyarah)

RM 300

*Sila simpan slip pembayaran untuk tujuan pendaftaran.

Syarat Penyertaan

Syarat-syarat menyertai pertandingan ini adalah seperti berikut:

01

Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian dan kolej vokasional, guru dan pensyarah (politeknik, maktab perguruan, IPTA, IPTS dan mana-mana institusi Pendidikan, pelajar sekolah rendah dan menengah).

02

Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu: kategori pelajar pengajian tinggi, kategori guru dan kategori pensyarah.

03

Bagi penyertaan kategori pelajar pengajian tinggi, jumlah peserta maksimum bagi setiap kumpulan ialah 4 orang pelajar dan seorang guru/pensyarah.

04

Bagi penyertaan kategori guru/pensyarah, jumlah peserta maksimum bagi setiap kumpulan ialah 5 orang.

05

Inovasi yang dihasilkan mestilah berbentuk produk (fizikal, digital), tanpa produk (fizikal, digital) atau pendidikan.

06

Setiap penyertaan perlu menyediakan video berdurasi maksimum 3 minit.

07

Para peserta digalakkan menyediakan bahan-bahan tambahan seperti brosur, gambar, sijil-sijil penghargaan atau lain-lain bahan bagi menyokong produk dan inovasi masing-masing – disertakan di dalam video.

08

Setiap penyertaan akan dinilai oleh dua orang penilai profesional.

09

Keputusan panel penilai terhadap penilaian projek adalah muktamad.

Kriteria Tema

Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Produk Fizikal

Produk fizikal merupakan sesuatu barangan fizikal yang dihasilkan oleh manusia, mesin, proses semulajadi yang boleh digunapakai (memberi manfaat).

Inovasi ialah pengenalan sesuatu produk baru atau pembaharuan/ penambahbaikan produk sedia ada ke atas ciri-ciri penggunaannya.

Contoh : peralatan membantu golongan OKU dan lain-lain.


Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Produk Digital

Produk digital melibatkan inovasi berteraskan dunia digital yang dibangunkan menggunakan perisian tertentu dan teknologi digital terkini.

Contoh : MOOC, mobile learning, animasi 3D, permodelan pentadbiran berbentuk digital, augmented reality dan lain-lain.


Kriteria Rekacipta dan Inovasi Produk Fizikal Pengajaran dan Pembelajaran

Produk fizikal merupakan sesuatu barangan fizikal yang dihasilkan oleh manusia, mesin, proses semulajadi bagi tujuan PdP.

Contoh : peralatan bantu mengajar.


Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Penyelidikan tanpa Produk Digital/Fizikal

Inovasi yang melibatkan amalan terbaik, idea dan proses.


Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Pendidikan

Inovasi pendidikan melibatkan kaedah penyampaian PdP, penilaian PdP, proses PdP atau inovasi berkaitan PdP.

Ianya boleh melibatkan pembangunan produk PdP fizikal dan bukan fizikal.

Kriteria Penilaian

01

Setiap penyertaan perlu menyediakan video pembentangan produk inovasi masing-masing dengan durasi tidak lebih dari 3 minit.

02

Jumlah maksimum peserta (jika berkumpulan) ialah 5 orang mengikut kategori yang dipilih.

03

Video penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 11 Oktober 2023 sebelum jam 5.00 petang.

04

Satu sesi soal jawab bersama dua orang panel akan diadakan melalui platform atas talian pada 18 dan 19 Oktober 2023 (pagi).

05

Dua orang panel akan menilai setiap penyertaan.

06

Setiap penyertaan akan layak mendapat satu pingat dan satu e-sijil pemenang.

07

Hanya satu pemenang utama bagi setiap kategori.

Berminat? Sila klik untuk pendaftaran

Video Pertandingan PRIN2023

Sila klik di sini untuk mengisi maklumat berkenaan video pertandingan anda.

Soalan Lazim (FAQ)