Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA.
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA.
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA.
Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok E8, Kompleks E,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.
Abstract
Komitmen organisasi memainkan peranan yang amat penting untuk merealisasikan matlamat organisasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing di peringkat tempatan dan global. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai hubungan keadilan organisasi dan komitmen organisasi melalui pengantara kepuasan kerja. Data kajian ini diperoleh daripada 400 orang pekerja dari sektor perkhidmatan swasta di Lembah Klang, Malaysia melalui teknik keratan rentas. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SmartPLS 4. Hasil analisis menunjukkan empat penemuan utama. Pertama, keadilan interaksi berhubung secara signifikan dengan kepuasan kerja. Kedua, keadilan prosedur berhubung secara signifikan dengan kepuasan kerja. Ketiga, kepuasan kerja berperanan secara signifikan sebagai pengantara dalam hubungan antara keadilan interaksi dan komitmen organisasi. Keempat, kepuasan kerja berperanan secara signifikan sebagai pengantara dalam hubungan antara keadilan prosedur dan komitmen organisasi. Berdasarkan statistik, dapatan ini mengesahkan bahawa hubungan antara keadilan organisasi dan komitmen organisasi secara tidak langsung dipengaruhi oleh kepuasan kerja. Kajian ini memberi bukti empirikal mengenai kepentingan keadilan organisasi dan kepuasan kerja untuk mengukuhkan komitmen organisasi, serta memberi input penting untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi.
Keywords
Citation
@article{razak2025meningkatkan,
title={Meningkatkan Komitmen Organisasi Melalui Keadilan Organisasi dan Kepuasan Kerja: Strategi untuk Pengurusan Organisasi yang Berkesan},
author={Abd Razak, Mohd Ridwan and Khalid, Khalizul and Che Rus, Ridzwan and Md Hanif, Mohd Hafiz and Ali, Enah},
journal={Jurnal Pengurusan},
number={},
pages={—},
doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2025-74-6},
publisher={Penerbit UKM},
}
Article received:
Accepted for publication:
Available online:
Share via:
Similar Articles
- Kesan Pengantara Sokongan Organisasi terhadap Hubungan antara Persepsi Keadilan Penilaian Prestasi dan Niat Berhenti Kerja dalam kalangan Anggota Polis
- Hubungan Kepimpinan Kebaktian dan Prestasi Kerja dalam Perkhidmatan Awam: Efikasi Kendiri, Keadilan dan Komitmen sebagai Pengantara
Receive updates when new articles are published

