Islamic Finance and Wealth Management Institute (IFWMI)
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA.
Fakulti Perniagaan & Komunikasi
Universiti Malaysia Perlis, Kampus UniCITI Alam
Sungai Chuchuh, 02100 Padang Besar, Perlis, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA.
Abstract
Kajian mutakhir mendapati sistem pensijilan kosmetik halal di Malaysia mempunyai elemen-elemen sistem berdaya maju. Namun, wujud masalah perundangan serta isu-isu berkaitan pengeluar dan pengguna kosmetik. Perkara ini mustahak untuk diteliti kerana kosmetik merupakan barang keperluan harian orang Islam, dan menjaga kemaslahatan pengguna Muslim adalah tanggungjawab negara sebagai negara Islam. Kajian ini menganalisis elemen persekitaran umum dan persekitaran khusus Sistem Pensijilan Kosmetik Halal Malaysia. Satu kerangka konseptual dibangunkan menggunakan perspektif rantaian nilai halal, perspektif kecantikan dalam Islam, serta konsep persekitaran dalam perspektif pengurusan strategik dan Model Sistem Viable (VSM). Kajian menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif asas dengan menemu bual 20 responden termasuk pakar bidang halal, pengeluar, orang tengah dan pengguna kosmetik. Dapatan kajian menunjukkan elemen pengeluar dan pengguna adalah komponen terpenting yang mempengaruhi penerimaan pensijilan kosmetik halal. Elemen-elemen ini membentuk dua rantaian utama industri kosmetik negara, yakni rantaian perniagaan dengan pensijilan halal dan yang tidak. Secara keseluruhannya, ramai antara masyarakat dan pemain industri kekurangan ilmu fiqh halal dan haram serta ilmu saintifik bahan kandungan produk kosmetik. Pengertian kosmetik Barat untuk memperagakan kecantikan juga bercanggah dengan hukum penggunaan kosmetik dalam Islam yang asasnya harus dengan niat untuk kebersihan dan perapian diri. Malah, penggunaan sesetengah produk kosmetik menyukarkan ibadah orang Islam. Misalnya, penggunaan kosmetik rias muka dan pemakaian cat kuku menyulitkan untuk menunaikan solat. Dapatan kajian menyumbang kepada pengertian mendalam tentang elemen-elemen dan ciri-ciri dalam persekitaran sistem pensijilan kosmetik halal, serta mengetengahkan perbincangan penggunaan kosmetik dari perspektif Islam yang menjadi asas ilmu kepada pengembangan industri dan daya maju sistem pensijilan kosmetik halal di Malaysia.
Keywords
Citation
@article{adham2025elemen,
title={Elemen Persekitaran Sistem Pensijilan Kosmetik Halal Malaysia dari Perspektif Sistemik},
author={Adham, Khairul Akmaliah and Mahmad Nasir, Nadiah and Muhamad, Nur Sa’adah and Anwar, Intan Fatimah and Muda @ Ismail, Farah Laili},
journal={Jurnal Pengurusan},
number={},
pages={—},
doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2025-74-9},
publisher={Penerbit UKM},
}
Article received:
Accepted for publication:
Available online:
Share via:
Similar Articles
- Technology Diffusion through Production Process and the Innovative Capacity of Local Suppliers
- Analysing the Moderating Effects of Generational Cohorts on Brand Loyalty in the Malaysian Footwear Industry
- Analysing Factors that Affect E-Syariah Adoption by Shar’ie Lawyers
Receive updates when new articles are published

