Amalan Sumber Manusia dan Komitmen Pekerja: Peranan Pengantaraan MODEL AMO dalam kalangan PKS di Selangor
Human Resource Practices and Employee Commitment: The Mediating Role of AMO MODEL among SMEs in Selangor

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

elainarose@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

nadzirah.rosli@ukm.edu.my

Arshad Ayub Graduate Business School
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA.

norzanah@uitm.edu.my

Arshad Ayub Graduate Business School
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA.

roshidih@uitm.edu.my

Abstract

Komitmen pekerja terus menjadi perhatian utama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Penurunan produktiviti PKS dan kerap bertukar pekerjaan di kalangan pekerja menyumbang kepada penurunan komitmen pekerja. Dari semasa ke semasa, para penyelidik telah menemukan cara untuk memaksimumkan potensi sumber manusia (HR) yang berbeza dan tersendiri serta cara untuk mengekalkan mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan antara ganjaran, pengambilan pekerja, penglibatan pekerja, dan komitmen pekerja. Kajian ini juga bertujuan untuk menyediakan bukti empirikal berasaskan teori yang menunjukkan peranan model keupayaan, motivasi, dan peluang (AMO) sebagai pengantara dalam memperoleh komitmen pekerja dan mengguna pakai Teori Pertukaran Sosial (SET) untuk mengesahkan rasional teori model kajian. Data dikumpul daripada 211 pekerja yang bekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Selangor, Malaysia. Permodelan persaman struktur-kuasa dua terkecil separa (PLS-SEM) digunakan dalam kajian penyelidikan ini untuk menguji hipotesis yang dibangunkan. PLS-SEM dengan anggaran tarikan rawak bergantian (bootstrapping) telah digunakan untuk menjangka dan menganggarkan hubungan antara pembolehubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua ganjaran dan penglibatan pekerja mempunyai kesan yang ketara terhadap komitmen pekerja, dan MODEL AMO menjadi pengantara hubungan bagi kedua-dua pengambilan pekerja dan penglibatan pekerja. Oleh itu, organisasi terutamanya PKS harus menambahbaik sistem ganjaran sedia ada untuk memastikan pekerja kekal komited. Organisasi juga harus bijak untuk memilih pekerja mengikut kesesuaian bidang kemahiran dan kebolehan mereka serta memberi peluang untuk penglibatan pekerja di dalam urusan dan aktiviti organisasi.

 

 

 

 

Keywords

amalan sumber manusia; dan peluang); komitmen pekerja; MODEL AMO (keupayaan; motivasi; PKS (perusahaan kecil dan sederhana)

Citation

Johar, E. R., Rosli, N., Mat Nor, N., & Hassan, R. (2023). Amalan Sumber Manusia dan Komitmen Pekerja: Peranan Pengantaraan MODEL AMO dalam kalangan PKS di Selangor. Jurnal Pengurusan, 69, –. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-69-01

@article{johar2023amalan,
  title={Amalan Sumber Manusia dan Komitmen Pekerja: Peranan Pengantaraan MODEL AMO dalam kalangan PKS di Selangor},
  author={Johar, Elaina Rose and Rosli, Nadzirah and Mat Nor, Norzanah and Hassan, Roshidi},
  journal={Jurnal Pengurusan},
 

volume={69},
  number={},
  pages={—},
  year={2023},
  doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-69-01},
  publisher={Penerbit UKM},
}

Export Bibliography:


   

Article received:  
Accepted for publication:  
Available online: 

Issue logo

69 (2023)


Share via:


Receive updates when new articles are published