Cadangan Penambahbaikan Pelaporan Maklumat Alam Sekitar Dalam Industri Sawit di Malaysia: Satu Pendekatan Sistem
Recommendations for Improving the Environmental Information Reporting in The Palm Oil Industry in Malaysia: A Systems Approach

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

maizatul@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

msabri@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

sakinahwahab@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

ahmadmonirabdullah@ukm.edu.my

Abstract

Industri sawit sering berdepan dengan tekanan antarabangsa kerana dipercayai menyumbang kepada perubahan iklim, mengganggu ekosistem dan menyebabkan kemusnahan hutan. Syarikat sawit diminta menzahirkan akauntabiliti menerusi pelaporan maklumat alam sekitar. Kajian lepas menunjukkan syarikat tidak dapat memberi maklumat yang cukup kepada masyarakat global sehingga membawa kepada masalah asimetri maklumat. Masalah ini menyebabkan industri sawit berterusan menghadapi pertikaian terutamanya daripada masyarakat di Kesatuan Eropah. Justeru, secara umumnya kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah yang wujud dalam pelaporan maklumat alam sekitar dalam industri sawit dan mengkaji langkah penambahbaikan menerusi pendekatan sistem. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana data diambil menerusi temubual dan analisis dokumen. Kajian ini mendapati masalah pelaporan maklumat dalam industri sawit berpunca daripada masalah dokumentasi di peringkat orang tengah yang menghubungkan sektor huluan yang melibatkan pekebun kecil dan sektor pertengahan yang melibatkan pengilang minyak sawit. Kajian lanjutan mendapati masalah dokumentasi juga wujud di peringkat pekebun kecil. Hasil kajian menunjukkan bahawa MSPO Trace boleh digunakan untuk mengurangkan masalah asimetri maklumat dan meningkatkan kebolehkesanan minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia. Hasil kajian ini juga memberi input penting mengenai dua aspek yang perlu ditambahbaik dalam MSPO Trace yang relevan kepada kerajaan Malaysia, iaitu kebolehbandingan maklumat dan kebergunaan maklumat.

 

 

Keywords

alam sekitar; Industri sawit; kebolehkesanan; ketelusan maklumat; pekebun kecil

Citation

Abdullah, M., Hassan, M. S., Abdul Wahab, N., & Abdullah, A. M. (2023). Cadangan Penambahbaikan Pelaporan Maklumat Alam Sekitar Dalam Industri Sawit di Malaysia: Satu Pendekatan Sistem. Jurnal Pengurusan, 69, –. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-69-05

@article{abdullah2023cadangan,
  title={Cadangan Penambahbaikan Pelaporan Maklumat Alam Sekitar Dalam Industri Sawit di Malaysia: Satu Pendekatan Sistem},
  author={Abdullah, Maizatulakma and Hassan, Mohamat and Abdul Wahab, Noorsakinah and Abdullah, Ahmad Monir},
  journal={Jurnal Pengurusan},
 

volume={69},
  number={},
  pages={—},
  year={2023},
  doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2023-69-05},
  publisher={Penerbit UKM},
}

Export Bibliography:


   

Article received:  
Accepted for publication:  
Available online: 

Issue logo

69 (2023)


Share via:


Receive updates when new articles are published