Pelaporan Bersepadu Menurut Perspektif Pihak Berkepentingan Badan Berkanun Persekutuan Malaysia: Cadangan Item Pendedahan
Integrated Reporting from the Malaysian Federal Statutory Bodies’ Stakeholder Perspective: A Proposed Disclosure Item

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

p100848@siswa.ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

azlina@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

norida@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

fairuz@ukm.edu.my

Abstract

Pelaporan bersepadu telah diiktiraf sebagai mekanisme pelaporan yang lebih baik yang memenuhi keperluan pihak berkepentingan, termasuklah juga di sektor awam. Kajian lepas yang mengkaji kandungan item pendedahan laporan bersepadu bagi sektor awam secara umumya dilaksanakan dalam konteks negara maju dan tidak mengambil kira pandangan serta keperluan pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor awam secara menyeluruh. Memfokuskan kepada sektor awam, kajian ini telah mengenal pasti item pendedahan yang relevan untuk pelaporan bersepadu dan mengkaji tahap kepentingannya dari perspektif pihak berkepentingan dalam konteks Badan Berkanun Persekutuan Malaysia. Pembangunan item pendedahan terdiri daripada empat langkah: pengenalpastian item pendedahan, pemilihan peserta, maklum balas daripada pihak berkepentingan terpilih dan pengesahan muktamad item pendedahan oleh pihak pengesah. Dua puluh satu (21) peserta kajian telah bersetuju bahawa sebanyak 75 item adalah relevan untuk dilaporkan. Selain itu, dapatan analisis ujian Mann-Whitney U menunjukkan tiada perbezaan pendapat yang ketara antara pihak berkepentingan dalaman dan luaran. Kajian ini menyumbang kepada literatur mengenai cadangan item pendedahan laporan bersepadu berdasarkan perspektif pihak berkepentingan awam. Ia juga boleh dijadikan panduan kepada penggubal polisi untuk meminda peraturan pelaporan sedia ada tentang ketetapan maklumat kandungan pelaporan serta membantu pihak berautoriti melaksanakan mekanisme pemantauan terhadap pelaporan entiti awam.

Keywords

Badan Berkanun Persekutuan Malaysia; item pendedahan; Pelaporan bersepadu; perspektif pihak berkepentingan

Citation

Othman, M., Ahmad, A., Basnan, N., & Md Salleh, M. F. (2022). Pelaporan Bersepadu Menurut Perspektif Pihak Berkepentingan Badan Berkanun Persekutuan Malaysia: Cadangan Item Pendedahan. Jurnal Pengurusan, 65, 109–123. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2022-65-09

@article{mona2022pelaporan,
  title={Pelaporan Bersepadu Menurut Perspektif Pihak Berkepentingan Badan Berkanun Persekutuan Malaysia: Cadangan Item Pendedahan},
  author={Othman, Mona and Ahmad, Azlina and Basnan, Norida and Md Salleh, Mohd Fairuz},
  journal={Jurnal Pengurusan},
 

volume={65},
  number={},
  pages={109—123},
  year={2022},
  doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2022-65-09},
  publisher={Penerbit UKM},
}

Export Bibliography:


   

Article received:  
Accepted for publication:  
Available online: 

Issue logo

65 (2022) 109 – 123


Share via:


Receive updates when new articles are published