LOGO

"Cemerlang, Gemilang, Terbilang"

SEJARAH-KOLEJ
Wajah Baharu Kediaman Luar Kampus UKM
PROFIL & GAMBARAN UMUM Kolej Tun Abdullah Ahmad Badawi (KTAAB) — yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Ke-13 — merupakan sebuah kolej kediaman luar kampus dinamik yang berupaya menampung sehingga 450 orang pelajar. Terletak di lokasi yang amat strategik di Taman Tenaga, Jalan Reko, Kajang, KTAAB beroperasi tidak jauh dari Kampus Utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pangsapuri lima tingkat ini direka khusus dengan mengutamakan keselesaan, dan kesejahteraan pelajar.
Fasiliti & Keselesaan Kediaman
• Selesa & Praktikal: Setiap unit dilengkapi tiga bilik tidur, ruang belajar yang kondusif, serta kemudahan asas yang lengkap.

• Persekitaran Efektif: Direka untuk menyokong kehidupan harian mahasiswa agar dapat belajar dan bersosialisasi secara optimum.

• Pilihan Utama: Gabungan lokasi yang mudah diakses dan prasarana yang serba lengkap menjadikan KTAAB pilihan penginapan ideal bagi mahasiswa UKM.
SEJARAH1
1793377961061
SOROTAN SEJARAH & JEJAK PEMBANGUNAN
Inisiatif Awal & Pelaburan (Oktober 2022)

Langkah sulung bermula apabila UKM meluluskan peruntukan RM1.2 juta bagi melaksanakan projek naik taraf Pangsapuri Taman Tenaga secara berperingkat. Inisiatif strategik antara UKM dan Pusat Perumahan Pelajar ini bertujuan memberi jalan penyelesaian khusus buat 450 orang pelajar senior yang memerlukan penginapan luar kampus.
k13a
k13b
Keadaan awal Pangsapuri Taman Tenaga sebelum dinaik taraf menjadi Kolej ke 13
Penambahbaikan 45 Unit: Dibawah seliaan Pusat Perumahan Pelajar dan Prasarana UKM, fasa pertama memberi tumpuan kepada pembaikan tandas dan dapur, penggantian perabot baharu yang lebih moden serta penyediaan capaian internet pantas. Usaha ini juga banyak dibantu oleh kakitangan Pusat Perumahan Pelajar dalam proses pembangunan pejabat pentadbiran dan pelupusan serta penyelenggaraan hampir keseluruhan bangunan kolej kediaman.
k13c
k13d
k13e
k13f
k13j
Kakitangan Pusat Perumahan Pelajar yang banyak membantu proses pembukaan Kolej ke 13 dari segi teknikal
k13i
Lawatan Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Mohd Firdaus bin Yahaya dan mantan Timbalan Naib Canselor HEPA (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr Suzeren bin Jamil ke Kolej ke 13
Pengetua Kolej ke 13 yang pertama
Confident Businessman in Red Tie
Yang Mulia Prof. Madya Dr. Tengku Hasnan bin Tengku Abdul Aziz – Pengetua Kolej ke 13 yang pertama yang telah mengubah landskap pembangunan dan perkhidmatan dari seawal pengwujudan kolej sehingga 2026
Pentadbiran kolej mula bertapak di Kolej Idris Al-Marbawi (Bandar Baru Bangi) di bawah kepimpinan Pengetua Pertama, YM Prof. Madya Dr. Tengku Hasnan bin Tengku Abdul Aziz, bersama seorang Ketua Pentadbiran yang merupakan satu-satunya kakitangan di kolej ini pada ketika itu. Di bawah kepimpinan pengetua, banyak perubahan yang telah dilakukan yang meliputi aspek pembangunan sehingga menjadikan Kolej Tun Abdullah Ahmad Badawi sebuah kolej penginapan luar kampus yang dihormati kini.

Pada peringkat awal, pentadbiran kolej telah dibantu oleh Pusat Perumahan Pelajar dan Jawatankuasa Residensi Luar Kampus (JRLK)  dalam merangka serta mempromosikan kolej ke 13 kepada pelajar-pelajar UKM.Hasrat utama adal memastikan kebajikan,keselamatan dan keperluan integrasi sosial golongan mahasiswa luar kampus sentiasa terjaga selari dengan agenda universiti.Selain itu, jawatankuasa ini juga banyak menjalinkan kerjasama bersama kelab-kelab sukarelawan kolej-kolej di UKM bagi memastikan badan pelajar yang ditubuhkan mempunyai rakan strategik yang telah berada di kampus dan mampu membantu dalam bentuk tenaga kerja.
WhatsApp Image 2026-10-30 at 09.26.13
Jawatankuasa Residensi Luar Kampus (JRLK) dalam sesi perjumpaan Bersama Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Mohd Firdaus bin Yahaya yang merupakan entiti penting dalam penubuhan Kolej ke 13 bagi membantu pelajar-pelajar senior mendapat penginapan kolej
Selain itu, pentadbiran kolej  ke 13 juga dibantu oleh usaha murni JRLK dalam pencarian Majlis Eksekutif Pelajar Kolej ke 13 yang pertama dimana jawatankuasa tersebut sebelum ini telah berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor HEPA untuk menyampaikan hasrat bagi menubuhkan sebuah badan di luar kampus.
k13k
WhatsApp Image 2026-10-30 at 09.30.17
487473537_1072829904877660_2863027920526848253_n
Mantan Timbalan Naib Canselor (HEPA) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil hadir menyampaikan Watikah Pelantikan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Ke-13 dan Residensi Luar Sesi 2023/2024  yang telah menggerakkan program-program sebelum wujudnya penginapan Kolej ke 13
k13p
Majlis Eksekutif Pelajar Kolej ke 13 yang kedua (Sesi 2024-2025) yang merupakan barisan wakil pelajar pertama menguruskan kemasukan pelajar pelajar di Kolej ke 13
Kolej ke 13 terus berkembang dengan kemasukan 7 orang felo serta 10 orang Majlis Eksekutif Pelajar (Sesi 2025-2026) yang berwibawa.Barisan felo dan Majlis Eksekutif Pelajar ini juga merupakan jentera pertama yang menjadi nadi penggerak dalam banyak program penting UKM termasuk Kejohanan Sukan Antara Kolej UKM (SUKEM) yang pada ketika itu telah mengiktiraf penglibatan kolej ke 13 selaku kolej yang akan bertanding.
k13q
Majlis Eksekutif Pelajar Kolej ke 13 yang ketiga (Sesi 2025-2026), jentera yang bukan sahaja menjadi pengerak tetapi peserta untuk kejohanan dan pertandingan penting UKM
IMG_0692
IMG_0600
Majlis Eksekutif Pelajar dan felo kolej ke 13 menghadapi cabaran kurangnya jumlah penglibatan daripada pelajar-pelajar kolej, sentiasa berganding bahu sebagai wakil dalam menjayakan banyak pertandingan dan kejohanan UKM 
Di bawah bantuan dan juga saranan YM Prof. Madya Dr. Tengku Hasnan bin Tengku Abdul Aziz selaku pengetua, banyak program-program yang melibatkan komuniti dan masyarakat yang telah dijalankan.Program-program ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim antara pelajar dengan komuniti dan masyarakat, malah ianya telah membuka mata tentang kewujudan residensi luar kampus UKM yang pertama walaupun pada ketika itu Kolej 13 masih dalam proses untuk dibangunkan.
k13m
Pengetua Kolej ke 13 dalam salah satu program rewang komuniti bersama kariah Masjid Al-Umm, Bangi
Akhirnya selepas selesai pembangunan dan proses naik taraf, Kolej 13 telah menerima kemasukan pelajar untuk pertama kalinya pada Oktober 2024.Pada ketika ini, pentadbiran kolej telah mempunyai tambahan seorang kakitangan dan 7 orang Majlis Eksekutif Pelajar (Sesi 2024-2025) bagi membantu proses kemasukan pelajar yang akan mendiami 45 unit rumah yang telah dinaik taraf.Bayangkan dengan bantuan hanya 3 orang kakitangan Pusat Perumahan Pelajar yang berpengalaman, kolej ke 13 telah berjaya mendaftar dan membuka penginapan seramai 280 orang pelajar pada ketika itu dan sekaligus telah menjadi sejarah baru untuk UKM.
k13n
k13o
images (1)
images
Keadaan semasa hari pendaftaran pelajar yang pertama untuk Kolej ke 13 UKM pada Oktober 2024
k13r
Felo Kolej ke 13 yang pertama (Sesi 2025-2026) yang telah membantu kebajikan serta kejayaan penting kolej dalam pertandingan anjuran UKM
WhatsApp Image 2026-10-30 at 14.21.19
Program bersama gelandangan di sekitar kotaraya Kuala Lumpur yang dikendalikan sepenuhnya oleh Felo dan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej ke 13
20241113_220803
Antara sejarah penting Kolej 13 yang diwakili oleh felo kediaman sewaktu bergabung dengan Kolej Ibu Zain dan Permata Pintar dalam Kejohanan Sukan Antara Kolej UKM (SUKEM) 2024-2025, dinobatkan johan acara bola sepak sekaligus menamatkan kejuaraan selama 10 tahun yang dipegang oleh juara bertahan sebelum ini.
Tranformasi Fasa Kedua (November 2024 – Februari 2026)
Projek fasa kedua melibat penambahbaikan baki 35 unit kediaman bagi menampung 170 orang pelajar lagi. Dalam tempoh 1 tahun 3 bulan, pelbagai perbaikan menyeluruh telah dilaksanakan:
• Pemasangan rangkaian internet berhalaju tinggi.
• Pembaharuan perabot dan penambahbaikan struktur unit/tandas.
• Pengecatan semula keseluruhan bangunan bagi memberikan nafas baharu yang segar dan ceria.
k13t
k13u
Ruang Legar
k13v
Satu demi satu kemudahan dan infrastruktur di wujudkan di Kolej ke 13 untuk kebajikan serta keselesaan para pelajar seperti kemudahan dobi, mesin air coway serta ruang legar yang selesa .Walaupun transformasi fasa kedua masih belum selesai sepenuhnya, permintaan daripada pelajar mobility dan juga penginapan luar di Kolej ke 13 telah meningkat. Salah satu usaha pengetua dalam usaha dalam menjayakan permintaan ini adalah dengan mmencadangkan 15 buah unit rumah yang boleh didiami dibuka menggunakan perabot sementara dari Kolej Keris Mas.Hasilnya kolej ke 13 telah menarik ramai pelajar mobilitI yang terutamanya terdiri daripada pelajar antarabangsa untuk menginap di kolej ke 13.Selain itu,cadangan tersebut telah meningkatkan hasil kolej dan UKM.
k13v
Cadangan pembukaan bilik yang boleh didiami dengan menggunakan perabot lupus Kolej Keris Mas yang telah didiami 70 orang pelajar mobiliti sekaligus meningkatkan hasil pendapat universiti
Kunjungan hormat Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil bin Othman, Timbalan Naib Canselor HEPA (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Pada 25 Februari 2026, satu kunjungan hormat delegasi UKM yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor HEPA (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil bin Othman ke Yayasan Budi Penyayang telah diadakan bagi menyatakan hasrat serta mendapatkan persetujuan penamaan Kolej ke 13 UKM kepada Kolej Tun Abdullah Ahmad Badawi (KTAAB). Hasrat murni tersebut disambut baik oleh mantan CEO Yayasan Budi Penyayang, Allahyarhamah Dato’ Leela Mohd Ali, yang mewakili keluarga Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan menandatangani surat setuju terima penamaan.Dan secara rasmi nya kolej ke 13 telah dijenamakan kepada Kolej Tun Abdullah Ahmad Badawi (KTAAB) pada 17 Ogos 2026 menandakan permulaan era baharu kecemerlangan kediaman mahasiswa UKM.
k13w
WhatsApp Image 2026-10-29 at 23.25.41
Kunjungan hormat delegasi UKM yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor HEPA (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) ke Yayasan Budi Penyayang. CEO yayasan pada ketika itu iaitu Allahyarhamah Dato Leela mohd Ali telah menurunkan tandatangan tanda persetujuan Kolej ke 13 dijenamakan bersempena dengan nama Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi