Sumbangan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia:
– Iskandar Malaysia
– Koridor Wilayah Ekonomi Utara (NCER)
– Koridor Pantai Timur (ECER)
– Koridor Pembangunan Sabah (SDC)
– Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)
– Mengurangkan jurang pendapatan bandar dan luar bandar
– Menjamin pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif
Sumbangan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Sektor Pendidikan:
- Dikenali sebagai pemimpin berjiwa besar yang mula aktif dalam bidang pendidikan sejak usia muda.
- Memperjuangkan agenda pendidikan melalui aktivisme dalam:
- Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Pulau Pinang dan Seberang Prai (PPMPPSP)
- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) - Sebagai Menteri Pelajaran (1984–1986) :
- Memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
- Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah pada tahun 1985
- Memperkasa profesionalisme keguruan melalui Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN), kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki (IAB) - Melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010 untuk membina negara bangsa melalui pendidikan berkualiti tinggi.
- Memperkenalkan Gagasan Islam Hadhari yang turut menyentuh aspek pendidikan masyarakat kontemporari.
- Memperkenalkan inisiatif J-Qaf bagi memperkukuh Pendidikan Islam di sekolah.
- Membuat penambahbaikan dasar pendidikan dan pembangunan modal insan secara menyeluruh.
Sumbangan nya menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk lebih komited terhadap ilmu dan berjuang demi masa depan yang cemerlang.
Sumbangan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Kebajikan Masyarakat:
- Menekankan pentingnya pengagihan kekayaan negara secara adil kepada semua kaum dan masyarakat di Malaysia
- Memperkasakan sektor pertanian dan asas tani untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat luar bandar, terutamanya kaum Bumiputera
- Menjadikan Malaysia peneraju industri halal global telah berjaya dengan penubuhan Halal Development Corporation (HDC) pada tahun 2006
- Memperkasakan mahasiswa dan memupuk kepemimpinan muda di Institusi Pendidikan Tinggi
Sumbangan Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Mahasiswa:
- Memfokuskan pada pembentukan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa dan percaya bahawa mahasiswa adalah aset penting negara dan perlu diberi peluang untuk memimpin
- Dasar dan program yang diperkenalkan bertujuan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, termasuk mahasiswa. Ini termasuklah usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan, kemahiran, dan pengetahuan mereka
- Mewujudkan hubungan baik antara mahasiswa dan kerajaan serta sering mengadakan pertemuan dan dialog dengan mahasiswa untuk memahami aspirasi dan isu-isu yang dihadapi
- Menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam pembangunan negara dalam pelbagai program dan aktiviti yang memberi impak positif kepada masyarakat.
Sumbangan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Bidang Tadbir Urus & Integriti:
- Memperkenalkan pelbagai reformasi pentadbiran dengan penekanan kepada:
- Ketelusan
- Kecekapan
- Akauntabiliti dalam urus tadbir kerajaan - Menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras rasuah secara sistematik.
- Menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) untuk mempercepat urusan kerajaan dan perniagaan serta menangani birokrasi.
- Melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk memupuk budaya integriti dalam kalangan rakyat dan penjawat awam.
- Memperkenalkan Islam Hadhari sebagai dasar kebangsaan yang menekankan:
- Pembangunan menyeluruh masyarakat
- Peningkatan kualiti hidup melalui penguasaan ilmu
- Pembangunan modal insan berteraskan nilai dan etika
Mengabadikan nama Tun Abdullah Ahmad Badawi pada salah sebuah kolej kediaman yang merupakan residensi luar pertama di UKM bagi mengenang jasa beliau sekaligus memberi inspirasi kepada mahasiswa dan mahasiswi di UKM untuk mencapai kecemerlangan.
AL FATIHAH