Seluruh warga Kolej 13 merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan Petanque Kolej 13 atas pencapaian cemerlang meraih Pingat Perak dalam Acara Petanque Bercampuran di Kejohanan SUKEM UKM 2025.
Keberanian, disiplin, dan semangat juang yang tinggi telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan!
