LOGO

"Cemerlang, Gemilang, Terbilang"

Tahniah & Syabas Atlet Permata Zain 13!

Seluruh warga Kolej Ke-13 (Permata Zain 13) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada atlet Acara Pencak Silat Tanding Putri (Kelas C) atas pencapaian cemerlang meraih Gangsa di Kejohanan Sukan Antara Kolej (SUKEM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2024.

Semangat juang dan kegigihan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kolej. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan!