Kelab Al-Fateh Kolej Ke-13 & Residensi Luar UKM telah terlibat dalam menjayakan Program Mobiliti Semarak Pendidikan Berasaskan Aktiviti (SEPAKAT) yang berlangsung dari 26 September hingga 1 Oktober 2025. Program ini melibatkan kerjasama erat antara pihak UKM dan agensi Sarawak dalam usaha memperkasa pendidikan komuniti melalui pelbagai aktiviti interaktif dan berimpak tinggi.
Program SEPAKAT bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan minat terhadap pendidikan dalam kalangan pelajar, di samping membina asas kepimpinan, keyakinan diri dan semangat untuk terus menimba ilmu. Inisiatif ini turut memperkukuh hubungan silaturrahim antara mahasiswa UKM dan komuniti di Sarawak melalui pendekatan pendidikan yang menyeronokkan dan bermakna.
