Syabas & Tahniah atas Tempat Kedua Petanque Bercampuran
Pada 3 November yang lalu, bertempat di Gelanggang Petanque Kompleks Seremban 2. Atlet wakil Kolej Ke-13 telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dalam acara Petanque Bercampuran bersempena Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM).
Kolej Ke-13 merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan merangkul Tempat Kedua(Pingat Perak). Dedikasi dan ketenangan yang dipamerkan adalah bukti semangat juang tinggi warga Outlanders.
“Outlanders Maju”