Seluruh jawatankuasa pengurusan dan warga Kolej 13 (Permata Zain 13) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet golf wanita Kolej 13 atas keberhasilan membawa pulang Pingat Perak dalam Kejohanan Sukan Antara Kolej (SUKEM) UKM 2024.
Dedikasi, disiplin, dan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan di padang golf telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Permata Zain 13 untuk terus memburu kecemerlangan dalam bidang sukan mahupun akademik.
