Majlis Iftar Ramadan Bersama Surau Asy-Syakirin

Majlis Iftar Ramadan Bersama Surau Asy-Syakirin

Pada 20 Februari lepas, suasana di Surau Asy-Syakirin, Taman Tenaga Kajang meriah dengan kehadiran warga Kolej Ke-13 & Residensi Luar bagi menjayakan Majlis Iftar Ramadhan! Walaupun jauh dari keluarga, semangat ukhuwah antara pelajar tetap terasa hangat. Bermula dengan sesi berbuka puasa bersama, majlis ini bukan sekadar mengisi perut, tapi paling penting, mengisi jiwa dengan keberkatan Ramadhan.

Terima kasih kepada pihak Surau Asy-Syakirin atas kerjasama yang hebat dan semua penghuni yang hadir memeriahkan majlis. Semoga ukhuwah kita terus erat dan Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat buat kita semua!

Sekian, Terima kasih

“Outlanders Maju”
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *