LOGO

"Cemerlang, Gemilang, Terbilang"

Program Rewang Bersama Kariah Masjid dan Komuniti

Program Rewang Bersama Kariah Masjid dan Komuniti yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ke-13 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama kariah Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi merupakan satu inisiatif khidmat masyarakat yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa universiti dengan komuniti setempat. Program ini berlangsung pada 15 Jun 2024 dan digerakkan oleh barisan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ke-13 & Residensi Luar sesi 2023/2024. Memandangkan kedudukan lokasi Kolej Ke-13 terletak berdekatan dengan kawasan perumahan masyarakat, program ini bertujuan membina jambatan ukhuwah antara mahasiswa dan kariah masjid serta penduduk sekitar. Selain mahasiswa Kolej Ke-13 dan ahli kariah Masjid Al-Umm, aktiviti rewang (bergotong-royong memasak) ini turut disertai oleh pelajar dari kolej kediaman UKM yang lain serta para pelajar residensi luar. Hasil masakan daripada aktiviti gotong-royong tersebut telah diedarkan kepada komuniti setempat serta pelajar-pelajar residensi luar kampus yang menetap di sekitar Bangi dan Kuala Lumpur.