Salam Nuzul Al-Quran 1447H
Pentadbiran Kolej Ke-13 & Residensi Luar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1447H buat seluruh warga Kolej 13.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan detik bersejarah di mana wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, ketika Baginda berusia 41 tahun. Penurunan ayat-ayat suci ini berlaku secara berperingkat sehingga menjadi lengkap sebagai panduan hidup yang syumul bagi umat manusia.
Mari kita jadikan momentum Nuzul Al-Quran ini untuk kembali menghayati isi kandungan mukjizat teragung ini, memperbanyakkan tadabbur, serta menjadikan Al-Quran sebagai teman setia dalam setiap langkah kita menuntut ilmu. Semoga cahaya kalamullah sentiasa menyinari hati dan membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya.
“Outlanders Maju”