Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026
Pentadbiran Kolej Ke-13 & Residensi Luar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak buat seluruh warga Kolej 13.
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” Sesungguhnya bulan ini adalah peluang untuk kita mendidik jiwa dan mempertingkatkan ketaatan. Mari kita jadikan Ramadan ini yang terbaik untuk diri kita dan mendoakan agar setiap detik puasa kita diterima, setiap doa dimakbulkan, serta setiap langkah kita diberkati.
Semoga bulan yang mulia ini dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat buat kita semua.
“Outlanders Maju”