Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026
Pentadbiran Kolej Ke-13 & Residensi Luar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat seluruh warga Kolej 13.
Setelah sebulan kita menjalani madrasah Ramadan dengan penuh ketaatan, kini tibalah syawal yang mulia sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam. Mari kita raikan hari raya ini dengan penuh kesyukuran, mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan rakan taulan, serta mengekalkan semangat disiplin dan ketakwaan yang telah kita pupuk sepanjang bulan puasa.
Semoga Aidilfitri ini membawa kegembiraan, kedamaian, dan keberkatan yang melimpah ruah buat kita semua. Berhati-hatilah di jalan raya bagi yang pulang ke kampung halaman dan selamat berkumpul bersama insan tersayang.
“Outlanders Maju”