LOGO

"Cemerlang, Gemilang, Terbilang"

Syabas Dan Tahniah Kepada Pasukan Bola Sepak Kolej 13 (Permata Zain 13)!

Pengurusan dan seluruh warga Kolej 13 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Permata Zain 13 atas kejayaan cemerlang merangkul pingat emas dalam Kejohanan Sukan Antara Kolej (SUKEM) UKM 2024.

Kejayaan ini adalah bukti nyata hasil kerja keras, disiplin tinggi, dan semangat kesukanan jitu yang ditunjukkan oleh para atlet dan barisan kejurulatihan. Anda adalah kebanggaan dan wira warga Kolej 13 kerana telah menamatkan rekod kejuaraan yang dipegang selama 10 tahun dalam acara ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memburu lebih banyak kegemilangan di masa hadapan.